Sistem Eclipsa Audio Akan Disokong Peranti Android Sebagai Alternatif Dolby Atmos

TechnologyDigital
20 Jan 2025 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Immersive Audio Model and Formats (IAMF) diperkenalkan secara rasmi dengan nama komersial iaitu Eclipsa Audio pada acara CES 2025 lepas. Ia adalah untuk piawaian audio spatial sumber terbuka yang telah pun diadaptasi oleh Alliance for Open Media. Ia dibangunkan oleh Samsung dan Google agar tidak lagi perlu membayar lesen kepada Dolby Atmos.

image is not available

Ketika diperkenalkan, Eclipsa Audio adalah untuk produk-produk audio, televisyen dan peranti Chrome. Laman Google Open Source minggu lepas mengumumkan yang piawaian baharu audio ini turut akan ke peranti Android. Lebih spesifik adalah Android 16 kerana mereka menyatakan ia akan disertakan dalam AOSP yang seterusnya. Kod AOSP Android 16 telah pun diperkenalkan untuk pembangun dengan versi Beta akan ditawarkan pada sekitar minggu ini.

image is not available

Eclipsa Audio menawarkan perisian percuma untuk mengubah atau menghasilkan fail audio dan video, selain turut mempunyai laman web khas untuk menguji fail audio yang telah siap. Tidak pasti jika Eclipsa Audio boleh diberikan kepada peranti Android sedia ada dengan kemas kini ataupun terhad kepada peranti generasi baharu sahaja.