Sistem kemasukan ke MRSM, SBP diselaras mulai Januari 2026 - Ahmad Zahid

LocalPolitics
22 Jul 2025 • 5:01 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Ahmad Zahid

Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai pengambilan Januari tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemohon masih boleh memohon ke kedua-dua institusi pendidikan tersebut, namun selepas ini mereka hanya akan menerima satu tawaran sahaja bagi mengelakkan pertindihan.

"Pada masa ini, pemohon mungkin menerima dua tawaran, khususnya pelajar yang memohon ke MRSM dan SBP.

"Apa yang berlaku, MRSM akan mengeluarkan surat tawaran terlebih dahulu, tetapi apabila mereka menerima tawaran kedua (SBP), mereka cenderung untuk beralih ke sekolah berasrama penuh. Oleh itu, saya mencadangkan agar dilakukan penyelarasan," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Aspirasi bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di MRSM Lenggong, Perak. - Bernama 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved