“Sistem Lapuk, Tak Cekap” – Staf RTM Luah Rasa Kesal Dua Bulan Bekerja Tapi Masih Tak Dapat Gaji?

LocalPolitics
21 Nov 2024 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform X, tular satu ciapan yang memaparkan screenshot seorang wanita mendedahkan isu tunggakan gaji oleh pihak badan penyiaran milik kerajaan, RTM di laman LinkendIn.

Dua bulan bekerja tapi tidak dapat gaji?

Difahamkan, wanita terbabit merupakan editor Bahasa Inggeris yang kini sudah bekerja selama dua bulan di syarikat tersebut tetapi dirinya masih belum menerima gaji.

image is not available

Menurut wanita bernama Noor Ainun Jariah Noor Harun, pelbagai alasan diberikan oleh pihak atasan apabila dia persoalkan mengenai gaji yang belum diterima dan antara alasan diberi adalah ‘admin bercuti’, ‘admin sakit’ dan ‘admin baru’.

Biarpun pihak syarikat sering kali memberi jaminan bahawa gaji akan dibayar lambat laun tetapi wanita terbabit merasakan ia sikap yang tidak bertanggungjawab.

Harap Kementerian Komunikasi ambil tindakan tegas

Dalam pada itu, Ainun turut memberitahu sudah beberapa kali dia membuat aduan kepada pihak atasan tetapi isu ini belum dapat diselesaikan.

image is not available

 

Isu ini ditangani dengan penyelesaian sementara dan bukannya penyelesaian kekal. Sistem itu sendiri sudah lapuk dan tidak cekap. Contohnya, mesin rekod kehadiran kerap kali rosak, memaksa pekerja mengisi borang hanya untuk mengesahkan masa masuk kerja kami.

Tambahannya lagi, dia menekankan sudah tidak berharap kepada pihak RTM, sebaliknya menggesa Kementerian Komunikasi mengambil tindakan berkaitan isu ini.

image is not available 1 week ago

Stesen TV Milik Pengacara Popular Bergelar Datuk Didakwa Gagal Bayar Caruman Perkeso Pekerja - "Rancangan Syok Sendiri, Gaji Tunggak 2,3 Bulan"