Sistem Pelepasan Imigresen Baharu, Kini Warganegara Malaysia Cuma Imbas Kod QR Di KLIA

4 Jan 2025 • 4:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak payah lagi dah nak beratur lama

Sistem Pelepasan Imigresen Baharu, Kini Warganegara Malaysia Cuma Imbas Kod QR Di KLIA . Dilaporkan, berita gempak untuk rakyat Malaysia yang suka travel! Bermula bulan ini, warganegara Malaysia boleh menggunakan sistem pelepasan imigresen baru dengan Kod QR di KLIA. Bye-bye beratur panjang, hello pelepasan pantas!

image is not available
Sistem Pelepasan Imigresen Baharu, Kini Warganegara Malaysia Cuma Imbas Kod QR Di KLIA. Sumber gambar: FB Jabatan Imigresen Malaysia

Menurut Jabatan Imigresen, proses ini sanagt senang dengan hanya tiga langkah:

  1. Muat turun aplikasi MyBorderPass dan daftar.
  2. Guna Kod QR & pengesahan wajah.
  3. Jalan terus rentas.

Yang bestnya, sistem ini boleh siapkan proses pelepasan dalam masa 5 hingga 7 saat sahaja! Kalau nak banding, autogate biasa ambil masa 15 hingga 25 saat. Lagi cepat, lagi puas hati, kan?

image is not available
Sumber gambar: The Star

Untuk permulaan, sebanyak 40 lorong khas akan dibuka di Terminal 1 dan 2 KLIA khusus untuk warganegara Malaysia. Jadi, tak ada lagi drama kesesakan kat pintu masuk imigresen, terutama masa cuti sekolah atau peak season.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagitahu sistem ini akan diuji dulu kat kawasan ketibaan dan pelepasan KLIA. Harapan beliau? Teknologi ini bakal bawa kemudahan & kelajuan yang jauh lebih baik daripada sistem manual atau autogate sekarang.

Dah ready nak try? Jom mudahkan perjalanan anda dengan teknologi canggih ni. Tak payah pening kepala.

Lagi berita menarik untuk anda di sini: