‘Sistem pengaliran tersumbat punca insiden tanah runtuh di Taman Melawati’ – Menteri Kerja Raya

LocalEnvironment
15 Oct 2024 • 6:07 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Susulan insiden runtuhan tanah yang berlaku di lereng bukit di Taman Melawati, penduduk yang melibatkan 20 rumah di kawasan berkenaan diarah mengosongkan kediaman.

Mereka diarah berpindah ke dewan serba guna berhampiran di Jalan E5.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, insiden berkenaan telah menyebabkan laluan utama ke perumahan terbabit mengalami kerosakan.

“Selain motosikal, ia juga melibatkan kerosakan sebuah kabin pondok pengawal yang terbalik akibat runtuhan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan mendapati aliran air berpunca dari kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, Taman Melawati yang tersumbat.

“Sebanyak empat buah rumah dan sebuah kereta telah dikenal pasti terkesan akibat kejadian gelinciran tanah ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Semakan awal juga mendapati aliran air berpunca dari kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, Taman Melawati yang tersumbat.

“Pihak Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR juga telah mengeluarkan amaran tahap Bahaya kepada JKR Daerah Gombak dan Hulu Langat pada jam 4.37 petang semalam (14 Oktober 2024) bagi mengambil langkah berjaga-jaga.

Sumber: Astro Awani, Alexander Nanta Linggi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved