Sistem Perparitan Kecil Punca Kerap Banjir, Penduduk Muara Tuang Park Luah Rasa Kecewa

26 Jul 2022 • 7:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Apala nasib penduduk Muara Tuang Park.. asal hujan sikit air naik’

Sistem Perparitan Kecil Punca Kerap Banjir, Penduduk Muara Tuang Park Luah Rasa Kecewa. Sejak kebelakangan ini, berlakunya perubahan cuaca di beberapa kawasan di negara kita. Walau bagaimanapun, kejadian ini turut membimbangkan kepada penduduk yang mempunyai kediaman di kawasan perumahan.

Telah tular satu perkongsian milik Samuel R Evanss, memuat naik gambar di kawasan perumahannya sudah dinaiki air dan dilanda banjir. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen dan juga penduduk di kawasan Muara Tuang Park itu sendiri.

image is not available
Sistem Perparitan Kecil Punca Kerap Banjir, Penduduk Muara Tuang Park Luah Rasa Kecewa. Sumber gambar: FB Samuel R Evanss

‘Dulu hujan 45 minit baru air naik, sekarang hujan 10 ke 15 minit terus nampak ‘laut’ – luah penduduk.

Rata-rata penduduk turut meluahkan rasa kecewa kerana rumahnya kini sering dinaiki air walaupun dilanda hujan dalam masa yang singkat.

Tidak semuanya disebabkan oleh bencana alam. Rata-rata netizen turut meninggalkan komen di ruangan tersebut turut menyalahkan sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik punca berlakunya banjir.

Difahamkan bahawa isu ini telah diketengahkan oleh penduduk kawasan tetapi masih belum ada yang mengenakan tindakan untuk mengatasi masalah yang dialami.

Lihat komen netizen di bawah

image is not available
Sumber: FB Samuel R Evanss

image is not available
Sumber: FB Samuel R Evanss

Ini adalah tips untuk anda sekiranya rumah anda berada dalam kawasan yang terdedah kepada banjir. Baca selanjutnya pautan di bawah: