Sistem Tol Tanpa Palang Akan Diuji Pada 2024 – Guna Teknologi ANPR, RFID

TechnologyDigitalCars
6 Nov 2023 • 6:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam arena lebuhraya, selain pengenalan sistem pembayaran terbuka yang membolehkan penggunaan kad kredit dan debit, langkah seterusnya yang turut dinantikan ramai adalah pengenalan sistem tol tanpa palang.

Berkongsi hari ini, Timbalan Menteri Kerja Raya menyatakan akan mencuba sistem tol tanpa palang ini pada 2024 kelak, sekaligus mengumpulkan pelbagai data untuknya. Untuk menjayakannya, ia akan menggunakan sistem kutipan berasaskan kepada Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), selain sistem RFID.

image is not available

Penggunaan sistem tol tanpa palang dijangka akan membolehkan perjalanan lebih lancar di lebuhraya kerana tidak perlu perlahankan kenderaan secara drastik untuk tujuan pembayaran.

Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan 2024 untuk ujian awal sistem pembayaran tol tanpa palang ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved