Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

3 May 2023 • 3:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mahkamah Sesyen pada Rabu, memerintahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, memerintahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta, pada Rabu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati wanita berusia 31 tahun itu gagal menunjukkan keadaan luar biasa bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan penangguhan hukuman terhadapnya.

“Permohonan tertuduh untuk penggantungan ditolak maka mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara serta-merta,” katanya.

Siti Bainun dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, dua tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved