Siti Elizad Luah Rasa Terharu Raja Permaisuri Agong Titip Doa Kehamilan Buat Dirinya

10 Jul 2023 • 10:32 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sudah menjadi lumrah buat setiap pasangan suami isteri, pasti mahu mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik dikurniakan rezeki zuriat dalam tempoh yang singkat.

Buat sesetengah individu, mereka terpaksa berusaha bagi memperolehi anak melalui beberapa kaedah kesihatan. Namun, semua itu tetap bergantung kepada ketetapan yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Begitulah juga yang dihadapi oleh penyampai radio dan pelakon Siti Elizad yang dikatakan telah hampir lapan tahun mencuba untuk menimang anak.

Raja Permaisuri Agong Titip Doa Kehamilan Buat Siti Elizad

Melalui satu hantaran yang dikongsikan di Instagram pelakon tersebut @elizadsharifudin, dia menzahirkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan kehamilan buat dirinya.

Menerusi perkongsian tersebut, Raja Permaisuri Agong dikatakan mengusap perut Elizad dan turut mendoakan agar impiannya dimakbulkan Allah nanti.

“Saya baru balik dari Haji ni (sambil usap perut kita). Insya-Allah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi,” tulis Elizad menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan kapsyen juga, dia berasa terharu dan berterima kasih di atas doa yang dititipkan Raja Permaisuri Agong buat dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat penyampai radio tersebut turut mendoakan buat dirinya.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman dan kata-kata positif buat Siti Elizad dalam usaha untuk mendapat dan memperolehi zuriat.

Berikut antara komen warganet:

Dia Baik Sangat Allahu, Im So In Love With Her

image is not available

Usaha, Tawakal & Doa. Insya-Allah Ada

image is not available

image is not available

Kakak Saya Dah 14 Tahun Ikhtiar IVF 5 Kali, Alhamdulillah Sekarang Dah Setahun Anaknya

image is not available

Amin, Semoga Elizad & Suami Mendapat Zuriat Yang Soleh & Solehah

image is not available

image is not available

image is not available

Untuk info, Siti Elizad telah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun bersama suaminya, Shamsul Baharin Sulaiman pada 11 Januari 2015.

Sebelum ini, dia dikatakan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali pertama pada hujung tahun 2020 namun mengalami keguguran.

Source:

View Original Article