Siti Jamumall Menangis Dedah Hutang Hampir RM3 Juta, Ada Kaitan Dengan Tunggakan KWSP Pekerja – “Maafkan Saya”

LocalBusiness & Finance
16 Jun 2026 • 12:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Siti Jamumall tidak dapat menahan sebak apabila mendedahkan dirinya kini berdepan komitmen hutang bernilai jutaan ringgit.

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin mendakwa jumlah keseluruhan hutangnya dianggarkan mencecah hampir RM3 juta dan sebahagiannya perlu diselesaikan dalam masa terdekat.

Advertisement

Menurut Siti, antara beban hutang yang perlu dilangsaikan seawal Jumaat ini ialah tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerja syarikatnya.

“Saya perlu menanggung semuanya (hutang). Total round out lebih kurang 3 juta saya kena selesaikan. Paling terdekat, hari Jumaat ini saya kena selesaikan KWSP pekerja.”

“KWSP ada dua kes. Satu itu RM119,000. Lagi satu RM149,000. Ada dua, yang satu itu dia dah masuk ke notis kebankrapan. Dah tertunggak tiga bulan, tak boleh nak bayar,” katanya.

Dalam masa sama, Siti meminta mana-mana individu atau vendor yang masih belum menerima bayaran daripada syarikatnya supaya menghubunginya bagi menyelesaikan segala tunggakan.

“Kepada orang-orang yang pernah saya berhutang atau syarikat saya pernah hutang, saya nak tanggungjawab. Kalau kalian tak dapat hubungi saya, kalian cari saja saya dekat akaun ini. Ada nombor telefon saya. Contact saya, bagi tahu berapa lagi yang syarikat tak selesaikan. Saya cuba terbaik untuk selesaikan,” katanya.

Menganggap apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah SWT, Siti berkata dia akan terus berusaha menyelesaikan segala komitmen tertunggak selagi termampu.

Siti turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah berurusan dengannya sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan sepanjang mereka bekerjasama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kak opah strawberry2026-06-16 12:12:35

Pemilik Opah Strawberries Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 - "Saya Akui Yang..."

The post Siti Jamumall Menangis Dedah Hutang Hampir RM3 Juta, Ada Kaitan Dengan Tunggakan KWSP Pekerja – “Maafkan Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.