Siti Jamumall sakit misteri, dua tahun tanggung derita akibat disantau

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 6:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Siti Jamumall sakit misteri dan mendedahkan dirinya sudah lama menderita akibat disantau individu tidak dikenali.

Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, sudah dua tahun dia menanggung rasa sakit tanpa berkongsi derita itu kepada orang ramai.

Kongsi wanita berusia 26 tahun lagi, hampir dua bulan juga dia menderita batuk kering dan datang bulan tanpa henti.

” Sekarang anda boleh lemparkan kata-kata cakap aku drama. Orang takkan faham, dua tahun berniaga dan diri sakit.
“Aku lama dah simpan sakit aku cuma tak bercerita dan aku nak kerja, tolonglah bagi balik. Apa best sangat santau orang!”luahnya.

image is not available

Tambah Siti, dia tidak boleh tidur kerana mengalami masalah batuk kering.

Siti Jamumall sakit misteri

Berdasarkan rakaman video dimuat naik di TikTok, hari ini, Siti dilihat menangis mengenangkan nasib ‘malang’ menimpa dirinya.

Dalam hantaran berikutnya, dia juga berkongsi video abangnya, Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34, juga mendapatkan rawatan perubatan Islam akibat disantau, selain dilihat menjerit dan meracau-racau bagai dirasuk makhluk halus.

image is not available

Maklum Siti, bisnesnya juga turut terkesan kerana tidak boleh melakukan sesi siaran langsung seperti kebiasaan, selain duit syarikat telah dibawa lari.

image is not available

“Nak kena hadap seorang! Aku burn out sumpah setiap hari tak boleh lena. Batuk kering perit nak mampus. Tolong aku nak sihat!
“Saya sampai tak boleh nak buat siaran langsung, pejabat dihantar macam-macam dan pengurusan songlap duit dan lari!” kongsinya.

Sumber: TikTik sitijamumall