Siti Jamumall tak kisah digelar pengantin sampah, RM300k perbelanjaan majlis resepsi!

LocalEntertainment
2 Sep 2024 • 4:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan yang juga pempengaruh, Siti Jamumall tak kisah digelar pengantin sampah oleh segelintir pihak, sebaliknya dia kini sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Aiman Tak Kesah Langsung.

Gelaran ‘pengantin sampah’ itu dilemparkan oleh segelintir netizen sejurus mereka mengumumkan berita pernikahan di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.

Menerusi majlis yang diadakan di Magica Monterez Hall, Shah Alam, Selangor, Siti Jamumall dan suami tampil dengan gimik lakoan semula kisah hidup mereka yang diangggap ‘sampah’ oleh netizen.

image is not available

Siti Jamumall tak kisah digelar pengantin sampah

Pemilik nama Siti Suriani Wahiddin, 25, berkata, gimik tersebut sememangnya dirancang sebagai atur cara dalam majlis resepsi supaya dapat membuka mata masyarakat bahawa kisah mereka ini bukan sampah, namun ia adalah permata.

“Bertahun-tahun Siti dan Aiman buat ‘live’ di media sosial dan tidak dinafikan sejak awal hingga kini, masih ada lagi golongan yang mengecam.
“Tapi dalam yang tak suka, masih ramai juga yang menyokong dan mengikuti kisah hidup kami. Jadi, sokongan itulah yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat sehinggalah sekarang,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan ini juga turut menjadi bualan apabila kira-kira 5,000 tetamu hadir bagi meraikan hari bahagia termasuk sambutan ulang tahun kelahiran Siti Jamumall, semalam.

Siti Jamumall juga bersyukur apabila ramai yang hadir selain menitipkan doa kebahagiaan buat dia dan suami.

“Semua orang tahu, kami sebelum ini pernah viral kerana berkahwin di Thailand. Jadi baru sekarang kami ada waktu sesuai untuk anjurkan majlis ini iaitu pada 1 September yang juga hari ulang tahun kelahiran saya.
“Kiranya kami satukanlah dengan hari bersanding dan meraikan hari jadi. Agak kelam-kabut juga memandangkan perancangan untuk majlis ini tak sampai dua bulan.
“Apa pun syukur dan kami sangat gembira sebab ramai yang hadir,” katanya yang turut berterima kasih kepada barisan penaja yang sudi menaja,”katanya lagi.

image is not available

Ditanya mengenai kos perbelanjaan secara keseluruhan, usahawan ini menjawab ringkas dengan memberitahu dia membelanjakan sekitar RM200,000 dan jika ditambah dengan tajaan, ia boleh mencecah lebih RM300,000.

Barisan penaja yang berkolaborasi untuk menjayakan majlis perkahwinan pasangan ini adalah Icely Aiskrim, Duriyummy, Hasbella Teading Sdn Bhd, Chenta Arts Wedding Craft, TRI H Empire, Beaucell Sdn Bhd, AZ Pemurah, Nayang Cool & Yummy, Meemamu, Sambal Seha, Estetika Medispa, CikguCtHomemade dan Raiessa Cosmetic.

Busana anggun mereka pula direka khas oleh butik pengantin dari Negeri Sembilan.

image is not available

Selain tarian tradisional, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan penyanyi Ayu Damit dan Zizi Kirana.

Pada 1 Jun lalu, Siti Jamumall memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.

image is not available

Siti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai dua tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.