Siti Jamumall Tak Tolak Rujuk Semula Dengan Aiman

LocalFamily & Parenting
18 May 2025 • 4:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Siti Jamumall

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahidin membuat pengakuan terbuka bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali semula dengan bekas suaminya, Aiman Tak Kesah.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Siti berkata walaupun mereka pernah melalui konflik, dia tetap menghargai segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh Aiman.

Macam mana sekalipun, ada benda baik yang Aiman pernah buat dekat saya dan saya tidak akan pernah lupa.

“Perkahwinan itu mudah, tapi…” – Siti Jamumall

Siti mengakui bahawa untuk kembali bersama bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi selepas episod perceraian yang pernah dilalui mereka.

Mungkin sebab perkahwinan itu mudah, bila bercerai dan rujuk juga mudah, jadi melafazkan (talak) pun mudah.

Namun, jika ada peluang untuk rujuk demi kebaikan anak-anak, Siti tidak menutup hati, asalkan Aiman dapatkan restu daripada ayahnya, yang juga merupakan wali utama.

Kalau dia boleh dapatkan restu, insya-Allah dia akan belajar bersabar macam mana ayah saya bersabar membesarkan saya.

Demi anak, bukan diri sendiri

image is not available

Siti turut menjelaskan bahawa keutamaannya kini adalah anak-anak, terutamanya anak perempuan dalam kandungannya yang pasti suatu hari nanti akan mencari figura seorang ayah.

Saya fikir panjang, saya tak fikirkan diri sendiri sahaja. Sebab anak yang dikandung ini anak perempuan, macam mana pun nanti dia akan cari ayah dia.

Walaupun ramai netizen yang tidak bersetuju jika mereka kembali bersama, Siti tetap positif dan terbuka dengan segala kemungkinan.

Kalau tak boleh kembali bersama, teruskan sahaja kehidupan macam biasa.

Pssttt! Kadangkala, demi anak-anak, kita perlu ketepikan ego dan luka lama. Tapi ingat, restu keluarga dan keikhlasan kedua-dua pihak adalah asas utama untuk bina semula kebahagiaan.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.