Siti Kasim Dakwa Pencabarnya Di Parlimen Batu Muat Naik Gambar Kertas Undi PRU15

Politics
14 Nov 2022 • 6:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Siti Kasim Dakwa calon PRU15 muat naik gambar kertas undi di media sosial

Umum pasti mengetahui bahawa kurang dari seminggu masyarakat akan keluar untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), pada 19 November ini.

Susulan itu, adalah wajib untuk anda mengetahui beberapa peraturan yang tidak boleh dilakukan semasa proses mengundi berlangsung, sebagai contoh memakai baju melambangkan parti politik, memuat naik gambar kertas undi dan banyak lagi.

Dakwa calon PH di Parlimen Batu muat naik gambar kertas undi

Terbaharu, calon Bebas bagi Parlimen Batu, Siti Zabedah Kasim telah mendakwa seorang pencabarnya di kerusi berkenaan telah memuat naik foto kertas undi di dalam Instagram miliknya.

Beliau yang dikenali sebagai Siti Kasim mendedahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di dalam Twitter.

Menerusi gambar yang dimuat naik calon dari Pakatan Harapan (PH), P.Prabakaran yang juga penyandang kerusi Parlimen Batu, dia telah bertanya kepada pengikutnya calon yang mana satukah yang menjadi pilihan masyarakat di kawasan tersebut dan meminta agar mereka tidak tersalah pilih.

Tanya calon mana jadi pilihan untuk Parlimen Batu

“Batu (Parlimen Batu) anda pilih siapa. Jangan tersalah pilih. Paling penting jangan undi calon No1 (Siti Kassim),” tulis pada paparan IG Story yang dimuat naik seorang pengundi di Batu sebelum disiarkan semula oleh akaun dipercayai milik Prabakaran.

Mengulas lebih lanjut, Siti Kasim kemudiannya memaklumkan akan melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dan Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR).

“Prabakaran calon PH main kotor. Saya akan buat laporan berhubung isu ini kepada polis dan SPR.”

Untuk rekod, Siti Kasim akan berdepan dengan sembilan pencabar yang terdiri dari beberapa parti politik seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), PH, Gerakan Tanah Air (GTA) dan beberapa calon bebas.