Siti Nurhaliza harap ada kesempatan lihat anak-anak naik pelamin

LocalEntertainment
26 Aug 2024 • 4:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza harap ada kesempatan lihat anak naik pelamin apabila berenung sejenak sewaktu menghadiri istiadat persandingan Diraja Pahang melibatkan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar.

Siti Nurhaliza yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dilihat turut membuat persembahan di istiadat perkahwinan yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.

image is not available

Siti Nurhaliza harap ada kesempatan lihat anak bertemu jodoh yang baik

Dalam perkongsian di Insta Story, Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti menyatakan sempat berfikir supaya diberi kesempatan untuk melihat anak-anak tersayang naik pelamin suatu masa nanti.

Dia juga berharap agar anak-anaknya dipertemukan jodoh yang baik dan berdoa supaya perkara tersebut dimakbulkan.

“Sambil tengok, sambil kepala fikir. Semoga diberi kesempatan melihat anak-anak naik pelamin.

“semoga ditemukan jodoh yang baik, amin ya rabb,” tulisnya.

image is not available

Siti Nurhaliza buat persembahan di Istiadat Persandingan Diraja Pahang

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu pilihan mempelai bagi memeriahkan lagi istiadat persandingan Diraja Pahang yang pastinya dihadiri oleh golongan kenamaan.

Dia juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tengku Afzan dan pasangan kerana sudah selamat bergelar suami isteri.

image is not available

Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid baru sahaja menyambut ulang tahun ke-18 perkahwinan mereka dan turut melangsungkan majlis yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan dua orang cahaya mata setelah 11 tahun menanti iaitu Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.

Sumber: Instagram ctdk