Siti Nurhaliza Jumpa Anwar Ibrahim, Diminta Jadi Teladan Buat Artis Muda!

LocalEntertainment
9 May 2025 • 9:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Anwar Ibrahim Siti Nurhaliza

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menerima kunjungan istimewa dari Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti.

Menurut laporan Kosmo, suami tercinta kepada Tokti iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang mewakili Yayasan Nurjiwa itu juga turut hadir bersama.

Siti Nurhaliza beri kunjungan hormat kepada Anwar Ibrahim

image is not available

Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara penting telah dibincangkan, terutamanya peranan besar Siti Nurhaliza dalam mendidik dan menjadi teladan kepada artis-artis muda masa kini.

Seni perlu relevan dengan zaman

image is not available

Menurut Anwar, perbincangan mereka turut menyentuh tentang kepentingan kepelbagaian dalam persembahan seni agar terus relevan dengan perubahan zaman dan cita rasa generasi baharu.

Beliau turut mengiktiraf sumbangan besar Siti dalam dunia seni tanah air dan menyarankan agar pengaruhnya dapat dimanfaatkan ke arah yang lebih membina industri hiburan.

Pssttt! Bakat sahaja tak cukup dalam industri seni. Jadilah ikon yang bukan saja menghibur, tapi juga membina generasi masa depan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.