
Anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid, kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Izza Athirah.
Dengan sekali lafaz, Aazief yang segak berbaju Melayu putih dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan. Pada majlis penuh sederhana itu, Izza menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.
Momen bahagia pasangan tersebut turut dikongsikan oleh Siti Nurhaliza menerusi Instagram Story, diiringi ucapan syukur atas kelancaran majlis pernikahan mereka.

Majlis akad nikah berlangsung penuh keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, Aazief sebelum ini mengumumkan pertunangannya bersama Izza pada April lalu melalui media sosial. Kini, pasangan sama cantik sama padan itu akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Buat 'Posting' Panjang Tentang Isu Ciplak Rekaan Samping, Netizen Kritik Aazief Khalid - "Apa Yang You Sibuk Ni..."
The post Siti Nurhaliza Kongsi Momen Bahagia Pernikahan Aazief Khalid first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



