Siti Nurhaliza meriahkan festival usahawan di Shah Alam April ini

25 Mar 2023 • 3:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 MAC: Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal memeriahkan Festival Usahawan Gempak sempena Aidilfitri di Stadium Malawati pada 7 April depan.

Program tiga hari sehingga 9 April turut disertai beberapa artis terkenal lain antaranya Lah Ahmad, Ruhainies dan Uyaina Arshad.

Karnival anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), anak syarikat Invest Selangor Berhad turut menyediakan baucar beli-belah RM40,000 untuk ditebus pengunjung.

Minggu lalu, EXCO industri kecil dan sederhana mengumumkan penganjuran festival berkenaan yang menawar pelbagai barangan keperluan dengan diskaun menarik sempena Aidilfitri.

Dato’ Teng Chang Khim berkata inisiatif Smart Raya Selangor 2023 itu juga menghimpunkan 150 usahawan tempatan selain turut menawar cabutan bertuah sehingga RM20,000 termasuk motosikal, televisyen dan peranti.

Syarikat terlibat dalam festival itu antaranya SimplySiti, Farm Fresh, Elrah Exclusive, Hush Puppies, Wonderlab (CUCKOO), CK Rahim, Obermain, Samu Giken, Inai Scarves dan Absolut Chocolate.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved