
Kelibat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masuk ke dalam kabin pesawat AirAsia telah mengejutkan ramai penumpang penerbangan itu.
Menerusi video yang tular, Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tokti dilihat berjalan masuk bersama bagasi kecilnya dan menyapa mesra penumpang lain.
Terkejut dan tidak sangka dapat berjumpa Siti, ramai yang gembira dan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik itu.
Bukan itu sahaja, Siti juga turut menghiburkan semua penumpang penerbangan ke Yokyakarta, Indonesia itu dengan beberapa buah lagu termasuk Bukan Cinta Biasa dan lagu terbarunya, Menamakanmu Cinta.
Siti turut meluahkan rasa berbesar hati kerana dapat menghiburkan dan berkongsi rezeki menerusi permainan menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa.
Bukan selalu dapat beramah mesra dan menghiburkan penumpang di dalam pesawat. Alhamdulillah, sejam sebelum sampai ke destinasi, saya sempat menguji kemampuan beberapa penumpang menyampaikan lagu saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Foto Siti Nurhaliza Bersama Suami & Anak Jadi Bualan - "Sejuk Mata Memandang"
The post Siti Nurhaliza ‘Muncul’ Dalam Penerbangan AirAsia, Ramai Penumpang Teruja – “Untunglah Dengar Tokti Nyanyi Free’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

