Siti Nurhaliza Punya Cara Untuk Luang Masa Kualiti Dengan Aafiyah Dan Afwa 

23 Oct 2022 • 8:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Siti dan suami akan memastikan mereka meluangkan masa untuk bersama anak-anak meskipun sibuk dengan tugas harian. - Gambar dari Instagram Siti Nurhaliza 

Sebagai seorang usahawan dan penyanyi, jadual Datuk Seri Siti Nurhaliza dari Isnin sehingga Ahad memang sentiasa padat. 

“Pada hari biasa, saya kena masuk ke pejabat pada waktu-waktu yang tertentu dan bermacam-macam urusan lain yang perlu dibereskan. 

“Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pula, selalunya saya akan sibuk dengan kegiatan sebagai anak seni dengan memenuhi acara atau persembahan yang perlu dijayakan. 

“Jadi, dengan kesibukan yang ada, memang saya tak nafikan, tidak punya banyak masa untuk saya luangkan bersama anak-anak,” katanya. 

image is not available
Siti Nurhaliza bersama Aafiah dan Afwa.

Lantaran itu, Siti mengakui, terpaksa mencuri masa untuk diluangkan bersama anak-anaknya, Aafiah dan Afwa. 

“Kalau saya sibuk minggu ini, saya akan minta Kak Rozie (pengurus) mengosongkan salah satu pada minggu depan. 

“Hari itulah yang akan saya gunakan untuk luangkan masa yang berkualiti bersama Aafiyah dan Afwa. Saya akan bawa mereka ke taman permainan (indoor) atau tidur di hotel atau menikmati makan di luar. Sebab saya pun penat kerja juga,” katanya. 

image is not available
Aafiah dan Afwa

Pada hari biasa, Siti berkata, dia akan cuba menyiapkan Aafiyah sebelum dihantar ke sekolah. 

“Tapi, kalau memang saya sibuk dari awal pagi sampai ke malam, selalunya penat-penat balik malam, saya akan dukung mereka dan bawa mereka tidur bersama saya dan suami. 

“Saya juga akan bangun waktu malam untuk siapkan susu Afwa. Anak lelaki mereka kerap minum susu. Jadi, saya kena bangun untuk sediakan” katanya. 

Jelas Siti lagi, meluangkan masa untuk anak-anak memang amat penting kerana mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang. 

“Jika tidak, anak-anak pun akan rasa tertekan dan mereka juga boleh buat perangai. Jadi, untuk memastikan mereka tidak buat perangai, jadi kita kena sentiasa buat mereka rasa gembira dan dihargai,” katanya lagi. 

Namun, Siti juga bersyukur kerana banyak dibantu oleh pengasuh Aafiyah dan Afwa yang digelar kakak. 

“Mereka banyak membantu untuk memudahkan urusan saya. Sistem sokongan itu memang penting juga,” katanya lagi. Getaran, 23 Oktober 2022