Siti Nurhaliza tak merajuk, tetap penuhi undangan kerajaan -” Saya tahu nyanyi percuma atau berbayar..”

LocalEntertainment
25 Apr 2025 • 4:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tak merajuk meskipun persembahannya di Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini menjadi topik hangat netizen.

Mengulas mengenai isu tersebut, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu berkata, beliau tetap akan membuat persembahan di acara rasmi kerajaan kerana menganggapnya sebagai tanda penghargaan buat para petugas yang banyak berkorban untuk negara.

“Tak adalah (merajuk), perkara ini sudah biasa. Saya tetap Siti Nurhaliza dan sudah matang.
“Saya tahu persembahan bagaimana yang saya boleh menyanyi secara percuma atau berbayar. Saya tahu bila masanya saya perlu berbakti kepada negara dan buat persembahan untuk menghargai orang,” katanya.

image is not available

Siti Nurhaliza tak merajuk

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala dan Tayangan Perdana Filem Telaga Suriram arahan Osman Ali, malam tadi.

Untuk rekod, kehadiran TokTi ke majlis tersebut adalah bagi menyampaikan lagu Sesal yang menjadi runut bunyi filem berkenaan.

Sebelum ini, Siti tampil menafikan dakwaan dirinya dibayar untuk membuat persembahan di majlis Aidilfitri KKM.

image is not available

image is not available

Dalam satu hantaran di Instagram, beliau menjelaskan bahawa kehadirannya adalah sebagai tetamu dan bukan artis yang dijemput secara rasmi untuk membuat persembahan.

Siti turut menyuarakan kekesalannya terhadap spekulasi yang timbul dan berharap pencerahan itu dapat menghentikan penyebaran fitnah.

Difahamkan, antara artis lain yang hadir dan membuat persembahan pada majlis tersebut termasuklah Datuk Jamal Abdillah.

Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud)