Siti Nurhaliza terima ijazah kehormat sarjana seni kreatif dan media

LocalEntertainment
23 Jul 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siti Nurhaliza terima ijazah kehormat sarjana seni kreatif dan media

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi melakar sejarah sendiri apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Seni Kreatif dan Media (Honoris Causa) dari Universiti Sunway hari ini.

Menurut pihak Universiti Sunway, pemberian anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, sumbangan serta perjalanan panjang Siti, 47, sejak berkecimpung dalam industri seni tanah air.

“Tahniah kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menerima Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Seni kreatif dan media sebagai pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang dan perjalanan inspiratif beliau dalam seni dan industri kreatif.

“Momen yang sememangnya tidak akan dilupakan,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Difahamkan, penyampaian anugerah berkenaan berlangsung pada Majlis Konvokesyen Universiti Sunway hari ini.

Dalam majlis sama, Siti turut menyarung jubah konvokesyen dan menerima ijazah yang disampaikan Canselor Universiti Sunway iaitu Tan Sri Jeffrey Cheah.

Menerusi ruangan komen, Siti turut dihujani dengan komen positif netizen yang berpendapat dia sememangnya layak menerima pengiktirafan tersebut susulan berjaya meraih pelbagai pencapaian dan memberi sumbangan sepanjang bergelar anak seni sejak tiga dekad lalu.

Terdahulu, Siti pada November tahun lalu juga dilantik Profesor Adjung dalam bidang keusahawanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa 15 Oktober 2025 sehingga 15 Oktober 2027.

Sebelum itu, dia juga pernah filantik sebagai pakar di Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCced) untuk tempoh dua tahun. – KOSMO! ONLINE

The post Siti Nurhaliza terima ijazah kehormat sarjana seni kreatif dan media appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved