Siti Saleha bakal timang bayi lelaki, buat majlis ikut tema Jawa

EntertainmentFamily & Parenting
13 Oct 2025 • 12:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Siti Saleha berkongsi berita gembira bersama peminat apabila mendedahkan jantina anak sulungnya dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Bakal timang bayi lelaki

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum memilih mengadakan majlis ‘gender reveal’ adat Jawa sesuai dengan keinginannya sendiri.

“Alhamdulillah majlis mitoni (mandi bunga) dan gender reveal berjalan dengan lancar.

“Kami bakal dapat bayi lelaki,” kata Siti di Instagram.

Sebelum ini, aktres drama 7 Hari Mencintaiku itu berkongsi kepada media bahawa kandungannya sudah memasuki trimester ketiga kehamilan dan bakal mengadakan majlis pendedahan jantina anak mengikut adat budaya Jawa.

image is not available

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi balas warganet dan rata-ratanya mengucapkan tahniah serta syukur atas berita gembira tersebut dan mendoakan agar pelakon tersebut selamat melahirkan.

Tahniah

image is not available

Moga dipermudahkan urusan

image is not available

Moga lancar urusan bersalin

image is not available

Untuk info, Siti Saleha dan Joshua melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, pada Februari lalu.

Sumber: Instagram sallywho