Siti Saleha Jawab Dakwaan Dah Ada ‘Baby Bump’ – “Doa Baik-Baik”

EntertainmentFamily & Parenting
23 Jul 2025 • 4:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah video tular di TikTok di mana ia mencetuskan spekulasi bahawa pelakon Siti Saleha sedang hamil.

Video itu menunjukkan rakaman Saleha ketika menghadiri acara Malaysia International Film Festival (MIFFest) baru-baru ini, di mana penampilannya didakwa menampakkan seperti adanya ‘baby bump’.

Ketika diminta mengulas lanjut oleh pihak media, Saleha memilih untuk tidak memberi pengesahan atau maklumat lanjut. Namun, beliau memberi bayangan bahawa mungkin akan ada berita baik tidak lama lagi.

Doakan yang baik-baik, insya-Allah. Mungkin good news soon.

image is not available

Dalam masa yang sama, pelakon yang mesra disapa Sally itu turut memaklumkan bahawa dia akan berehat panjang selepas tamat menjalani penggambaran drama ‘Bad Cop’. Katanya, ini mungkin projek terakhirnya buat masa ini, dengan tempoh cuti yang dijangka berlangsung beberapa bulan atau mungkin bertahun.

Sebagai makluman, Saleha telah mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen Joshua Fitton pada Februari lalu. Sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada tahun 2017, namun perkahwinan itu berakhir selepas empat tahun.

image is not available 2025-01-16 12:19:45

Persiapan Dah 60% Siap, Siti Saleha Bakal Bergelar Isteri Dengan Pereka Fesyen Dalam Waktu Terdekat