Siti Saleha tercalon dalam Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024

LocalEntertainment
24 Sep 2024 • 12:00 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Hasil penangan SeOfis, pelakon wanita popular, Siti Saleha tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA), hasil daripada sokongan kuat peminat di seluruh Asia.

Lakonan mantapnya dalam Tonton Original, SeOfis, telah memikat hati penonton, menjadikannya calon pilihan utama dalam anugerah ini, malah dia kini berada di kedudukan teratas dalam undian.

Majlis yang akan berlangsung pada 25 September 2024 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan ini merupakan kali pertama untuk dihadiri pelakon jelita ini.

image is not available

Menurut Siti Saleha, dia berasa sangat terkejut dan bersyukur dengan pencalonan ini. “Saya benar-benar tidak menyangka akan dicalonkan untuk anugerah berprestij ini, apatah lagi untuk kategori yang sangat besar seperti Outstanding Asian Star. Ini adalah pengiktirafan yang sangat bermakna buat diri saya, dan saya berasa amat bertuah menerima sokongan yang begitu luar biasa dari peminat di seluruh Asia. Saya harap pencalonan ini akan membuka lebih banyak peluang untuk saya serta rakan-rakan artis di Malaysia di persada seni global.”

Seoul International Drama Awards berperanan penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama, dan kini menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia sejak 2005.

Bagi meraikan dan sebagai tanda penghargaan buat pelakon yang menyerlah dalam lakonan drama sepanjang tahun lalu, anugerah Outstanding Asian Star akan ditentukan melalui proses undian secara global dan kategori ini akan menampilkan tujuh orang pemenang daripada 6 negara iaitu Korea (Lelaki & Perempuan), Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Pemenang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, dengan tempoh undian berlangsung dari 15 Jun 2024 hingga  14 Julai 2024.

Menurut pelakon jelita ini, pencalonan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan untuk dirinya, tetapi juga buat industri seni tanah air, “Semua anak seni tanah air pastinya mengimpikan kemenangan di pentas antarabangsa tambahan berkongsi pentas yang sama bersama artis antarabangsa yang lain.

image is not available

Ini merupakan satu perkara yang besar dan membanggakan kerana kita bukan sekadar mewakili negara tetapi ia juga satu merupakan satu peluang untuk membuktikan bahawa bakat-bakat di Malaysia ini boleh mengembangkan sayap mereka di peringkat antarabangsa. Menerusi anugerah ini juga, ia akan menjadi satu titik permulaan bagi sesuatu yang lebih hebat,” jelas Siti Saleha.

Pencalonan Siti Saleha dalam kategori ini membawa harapan besar negar, secara tidak langsung ia juga satu pengiktirafannya sebagai salah seorang pelakon terbaik di Malaysia.

Siri SeOfis mengisahkan tentang cabaran dunia korporat menerusi kombinasi tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota. Drama ini menampilkan barisan pelakon handalan Malaysia seperti Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad dan ramai lagi. 

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.
View Original Article