Situasi banjir di Terengganu tidak berubah pagi ini

LocalEnvironment
22 Nov 2024 • 10:28 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah dengan 29 mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman, setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan kesemua mangsa daripada enam keluarga itu masih lagi berlindung di Balairaya Padang Kemunting di Kemaman.

Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir paras air sungai di lima lokasi kini berada pada paras amaran dan menunjukkan trend menaik.

Lima lokasi sungai tersebut adalah Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih di Kemaman; Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit di Setiu; dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu di Hulu Terengganu.