Situasi Makin Stabil, Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke Jeddah & Madinah

LocalTravel
3 Mar 2026 • 10:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia Airlines mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan pergi dan balik ke Jeddah serta Madinah secara terhad bermula esok hingga 8 Mac ini selepas operasi digantung sejak 28 Februari lalu susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat.

image is not available

Malaysia Airlines maklum penerbangan lain turut beroperasi seperti biasa

Menurut kenyataan Malaysia Aviation Group (MAG), perkhidmatan ke Doha masih digantung sehingga 7 Mac depan sementara situasi keselamatan terus dinilai.

“Semua penerbangan lain termasuk ke London dan Paris Charles de Gaulle beroperasi seperti biasa menggunakan laluan alternatif yang mengelakkan zon konflik terjejas.
“Antara penerbangan yang disambung semula melibatkan laluan Kuala Lumpur–Jeddah dan Kuala Lumpur–Madinah pada beberapa tarikh terpilih iaitu 4, 5, 6 dan 8 Mac dengan jadual pelepasan serta ketibaan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Malaysia Airlines nasihat penumpang kemaskini maklumat

Walau bagaimanapun, MAG memaklumkan perkhidmatan selepas 8 Mac masih tertakluk kepada semakan lanjut dan berkemungkinan diselaraskan mengikut keperluan semasa. P

enumpang yang terjejas sedang dimaklumkan serta dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif.

“Penumpang turut dinasihatkan mengemas kini maklumat perhubungan menerusi fungsi ‘My Booking’ bagi menerima perkembangan terkini selain boleh mendapatkan bantuan melalui Live Chat di laman sesawang Malaysia Airlines atau menghubungi Pusat Panggilan Global,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Konflik Asia Barat: Ruang Udara Ditutup, Syarikat Penerbangan Perlu Jaga Kebajikan Penumpang Terkandas – CAAM

Dalam masa sama, Malaysia Airlines menegaskan keselamatan dan kebajikan penumpang serta kru kekal menjadi keutamaan tertinggi, termasuk menggunakan laluan alternatif dan memperkukuh prosedur keselamatan penerbangan.

Sumber: Malaysia Aviation Group

The post Situasi Makin Stabil, Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke Jeddah & Madinah appeared first on Borak Daily.