Sivakumar: Setakat ini saya tidak dipanggil SPRM

LocalPolitics
15 Apr 2023 • 9:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (gambar), mengesahkan beliau tidak dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini, susulan penahanan beberapa pegawai kanannya.

Sivakumar berkata beliau akan memberikan kerjasama termasuk memberikan kenyataan sekiranya diminta oleh pihak SPRM.

“... belum dipanggil, kalau dipanggil saya rela pergi untuk beri keterangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Badan Bukan Kerajaan Masyarakat India Sempena Sambutan Perayaan Chithirai Phutandu 2023 hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan beberapa orang pegawai kanannya dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing.

Sivakumar berkata ketika ini pihak SPRM masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Saya dan juga semua pegawai di Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersedia untuk memberi sebarang kerjasama, sepertimana dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pihak SPRM jalankan tanggungjawab mereka dan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya dan seluruh anggota KSM untuk beri sebarang kerjasama.

“Dari segi prinsip, saya menyokong penuh pelaksanaan undang-undang yang berteraskan kepada keadilan dan kebenaran dalam siasatan ini, tidak jadi masalah,” katanya. -Bernama