Sizzling noodles diterjemah sebagai mi desir, ini reaksi netizen

25 Jan 2024 • 5:07 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini mengeluarkan terjemahan atau istilah Bahasa Melayu bagi ‘sizzling noodles’ yang menjadi antara makanan kegemaran ramai.

Menurut DBP, maksud makanan itu dalam Bahasa Melayu adalah ‘mi desir’.


Namun terjemahan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang membuat jenaka daripada perkataan berkenaan.

Tak kurang yang baru sahaja mengetahui terjemahan tersebut ke dalam Bahasa Melayu setelah sekian lama ‘selesa’ dengan sebutan ‘sizzling noodles’.

“Dulu-dulu panggil mi menggelegak,” komen Baasit Shahrin.

Ada juga pengguna media sosial yang mengaitkan perkataan 'desir' itu dengan lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa yang ada menyebut perkataan tersebut.


Baru-baru ini DBP menyiarkan beberapa terjemahan bagi istilah-istilah Bahasa Inggeris melalui segmen Peka Bahasa.

Antara terjemahan tersebut adalah ‘bungee jumping’ (terjun lelabah); ‘stir fry’ (goreng kilas) dan 'parboil' (separa rebus). - 25 Januari, 2024