SJKC Chung Hua mohon maaf terbuka, bendera terbalik akibat kecuaian

LocalPolitics
3 Aug 2025 • 7:50 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

PORT DICKSON – Susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua pada 1 Ogos lalu, pihak sekolah hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat.

Dalam kenyataan bersama oleh Lembaga Pengelola dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, mereka menjelaskan bahawa insiden berkenaan berlaku akibat kecuaian ketika proses pemasangan bendera dijalankan oleh seorang pekerja sekolah.

“Seorang pekerja menjalankan tugas pemasangan bendera sebelum tamat waktu bekerja, namun, akibat kecuaian, salah satu bendera telah dipasang dalam keadaan terbalik.

“Kesilapan ini adalah tidak disengajakan. Kami menerima makluman sekitar jam 5 petang dan telah segera mengambil langkah pembetulan,” kata kenyataan itu.

Pihak sekolah turut mengakui bahawa kesilapan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat, dan menyatakan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

“Kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji untuk terus melaksanakan tanggungjawab pendidikan dengan penuh integriti demi maruah negara,” ujar kenyataan itu lagi.

Insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik itu sebelum ini dikesan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Port Dickson, yang memuat naik gambar kejadian di media sosial, sekali gus mencetuskan perhatian umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved