SJKC Dengkil semarak semangat kemerdekaan murid berbilang kaum

20 Aug 2026 • 12:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SJKC Dengkil semarak semangat kemerdekaan murid berbilang kaum
Norhizam (kiri) bersama murid SJKC Dengkil melepaskan burung merpati sebagai gimik Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Khamis.
Image from: SJKC Dengkil semarak semangat kemerdekaan murid berbilang kaum
Norhizam (kiri) menyantuni murid SJKC Dengkil Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Khamis.

SEPANG - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil yang mempunyai murid berbilang kaum dipilih sebagai lokasi Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dengan konsep semarak semangat kemerdekaan dan memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda.

Program itu dimulakan dengan Flag Off Konvoi kenderaan polis IPD Sepang bermula jam 8.30 pagi dari IPD Sepang dan disusuli ramah mesra bersama murid.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemilihan lokasi sekolah kerana murid yang pelbagai bangsa terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

"Ini semangat merdeka yang kita mahu.

"Jadi, kita pilih sekolah ini dan saya difahamkan oleh guru di sini pelajar Cina dalam 48 peratus dan yang selebihnya berbilang kaum.

"Saya tengok tadi pun, mereka (murid) ini boleh campur sesama. Ini yang kita mahu supaya perpaduan itu ada, dari kecil lagi terpupuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program yang julung kali diadakan di SJKC Dengkil di sini pada Khamis.

**media[3620615]**

Sempena tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', Norhizam turut berkongsikan rasa bangganya melihat perpaduan di sekolah terbabit apabila murid berbilang kaum itu membantu antara satu sama lain.

"Ada seorang ambilkan makan, seorang tuangkan air. Jadi, benda-benda ni yang mencapai hasrat merdeka itu sendiri.

"Tadi ada murid yang pakai baju askar. Hari ni dia kata polis nak datang, dia pakai baju askar. Semangat merdeka itu ada," ujarnya.

Dalam pada itu, Norhizam mengingatkan kepada warga Sepang khususnya agar berhati-hati dan sensitif tentang isu bendera bagi mengelakkan tindakan dikenakan.

Kata beliau, setakat ini tiada kes sedemikian dilaporkan di Sepang, namun anggota rondaan IPD Sepang akan memastikan semua bangunan-bangunan dan premis memasang bendera dengan betul.

"Sekiranya dikesan terbalik sama ada sengaja atau tidak, kita akan ambil tindakan kerana ini boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat," ujarnya.

Sebelum itu, sebuah premis perindustrian di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) di Kawasan Perindustrian Indahpura, Johor ditutup sementara selepas didapati memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Seterusnya pada Rabu, sebuah premis perindustrian kilang di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri dilaporkan memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor terbalik serta tular di media sosial.

Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat dilaporkan berkata, pihaknya membuka tiga kertas siasatan berhubung kes pemasangan bendera terbalik dengan lima individu sudah ditahan.

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved