SK Hynix Mula Mengeluarkan Memori LPDDR5X 24GB Secara Besar-Besaran

TechnologyDigital
11 Aug 2023 • 12:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami telah melaporkan bahawa OnePlus Ace 2 Pro akan menjadi peranti pertama yang dilihat menawarkan jumlah memori fizikal sebanyak 24GB. Tidak mengejutkan, ia menggunakan penawaran memori terbaru keluaran SK Hynix, iaitu pakej memori LPDDR5X 24GB.

SK Hynix ialah diantara pembekal memori peranti pintar terbesar di dunia, dan dengan pengumuman peranti OnePlus terbaru, mereka juga telah mengesahkan bahawa mereka sudah mula mengeluarkan memori LPDDR5X 24GB secara besar-besaran untuk penggunaan pasaran.

image is not available

Memori 24GB LPDDR5X ini beroperasi dalam julat voltan 1.01-1.12V, dan tampil dengan kadar penghantaran data 68GB/s, yang mana ia adalah sedikit lebih rendah berbanding dengan memori LPDDR5T yang diperkenalkan oleh mereka pada awal tahun ini.

Seperti yang dikatakan, OnePlus Ace 2 Pro ialah peranti pertama yang menggunakan memori LPDDR5X 24GB ini, dan ia dijangka bahawa banyak peranti Android lain akan menyusul menggunakannya tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved