SK Pekan Kundasang Ranau Dengan View Gunung Ini Tarik Perhatian Netizen

30 Oct 2024 • 1:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

SK Pekan Kundasang, Sekolah dengan Pemandangan Gunung Kinabalu yang Memukau

SK Pekan Kundasang Ranau Dengan View Gunung Ini Tarik Perhatian Netizen. Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kundasang, yang terletak di Ranau, Sabah, baru-baru ini tular di media sosial selepas satu hantaran menunjukkan keindahan pemandangan Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dari sekolah tersebut.

Video yang dimuat naik di Tiktok oleh @umiefezie telah menarik lebih 178k tontonan serta belas ribuan tanda suka, komen, dan perkongsian. Pemandangan yang memukau ini bukan sahaja mencuri perhatian netizen di seluruh Malaysia, tetapi juga menimbulkan rasa kagum terhadap keindahan alam semulajadi yang dapat dinikmati setiap hari oleh warga sekolah ini.

image is not available
Sumber gambar: Tiktok @umiefezie

“Fuhhh… best betul pemandangan. Tengah marah² dengan murid, keluar tengok Akinabalu rasa hilang kemarahan automatik ”- netizen

Dalam video tersebut, Gunung Kinabalu berdiri megah dengan langit biru cerah sebagai latar belakangnya. Suasana tenang dan mendamaikan ini menjadi kelebihan buat murid-murid serta guru-guru di SK Pekan Kundasang yang berpeluang menyaksikan panorama gunung tertinggi di Asia Tenggara setiap hari.

Netizen rata-rata meluahkan perasaan cemburu dan kagum kerana tidak semua sekolah berpeluang menikmati pemandangan semula jadi yang sebegini indah.

Selain itu, banyak netizen yang memuji lokasi sekolah tersebut dan menyifatkannya sebagai “antara sekolah dengan pemandangan tercantik di Malaysia.” Ramai juga yang menyatakan hasrat untuk melawat Kundasang dan menyaksikan sendiri keindahan Gunung Kinabalu dari dekat.

Pemandangan ini bukan sahaja menjadi daya tarikan kepada pengunjung, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut untuk menghargai keindahan alam sekitar dan merasai keunikan yang tidak dimiliki oleh sekolah-sekolah lain.

Baca juga artikel semasa di bawah: