SK Permatang Tok Kandu terbakar

22 Sep 2023 • 7:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga buah kelas musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada petang Jumaat.

image is not available
Anggota bomba dan penyelamat melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran. Antara bilik darjah yang terbakar.

PERMATANG PAUH - Lima bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 6.02 petang sebelum beberapa pasukan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran berlaku di tingkat atas bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan.

"Kebakaran melibatkan lima buah kelas. Tiga buah kelas didapati musnah keseluruhannya manakala dua buah kelas terbakar 40 peratus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Difahamkan, ketika kejadian tiada murid yang berada dalam kawasan sekolah berkenaan.

Menurutnya, apa marak dapat dikawal pada jam 6.30 petang dan operasi pemadaman juga turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan.

Setakat ini, kerja-kerja memadamkan kebakaran masih giat dijalankan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijangka melawat lokasi kejadian pada malam ini.