SK Sembulan komited cegah buli

14 Aug 2025 • 3:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Stefyanie Myla Micheal

Kota Kinabalu: Papan tanda besar anti-buli di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan sudah menjadi sebahagian daripada landskap sekolah sejak tahun lalu sebagai peringatan berterusan bahawa perbuatan buli suatu kesalahan serta jenayah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Salleh Dualin berkata papan tanda berkenaan salah satu inisiatif pihak sekolah bagi menangani masalah buli di samping strategi lain yang berkesan.

“Ramai murid mungkin tidak sedar bahawa tindakan mereka sebenarnya adalah perbuatan membuli. “Oleh itu penting bagi pihak sekolah memberi peringatan agar mereka sedar dan mengubah tingkah laku.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Mesejnya jelas dan tiada murid sepatutnya menderita dalam diam,” katanya kepada Daily Express pada Selasa.