Skala Projek Mega Neom Dikecilkan Oleh Arab Saudi

WorldBusiness & Finance
26 Jan 2026 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Projek mega Neom ingin menjadikan Arab Saudi tumpuan pelancongan dunia dengan bangunan tertinggi, bangunan terpanjang, bangunan paling dalam, stadium tertinggi dan banyak lagi. Tetapi Visi 2030 Putera Mohammed bin Salman ini akan dikecilkan skop berbanding asal kerana isu kos serta pelan asal yang tidak berpijak di pasir yang nyata menurut laporan Financial Times.

image is not available
The Hidden Marina

Antara yang akan dilakukan ialah mengecilkan saiz The Line yang dibangunkan sebagai bangunan terbesar dunia sepanjang 170 kilometer. Bahagian The Hidden Marina yang sedang dibangunkan akan diteruskan dengan bahagian lain akan direka dan diolah semula. Sementara itu projek pusat luncur salji Trojena tidak akan lagi menjadi atas lokasi acara Sukan Musim Sejuk Asia 2029 dengan projek pusat data lestari Oxagon juga akan terjejas.

Tahun lalu sudah muncul laporan The Line bermasalah kerana ia akan menggunakan jumlah konkrit, besi dan bahan binaan yang besar sehingga menjadi kos pembinaan naik berlipat ganda. Bahagian The Hidden Marina perlu disiapkan kerana ia akan menempatkan stadium tertinggi dunia untuk Piala Dunia 2034.