Skandal beras: Tiada penjelasan Mat Sabu selepas dua hari, pembangkang gesa letak jawatan!

LocalPolitics
28 Feb 2025 • 10:10 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pembangkang gesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mengambil tindakan tegas susulan pendedahan skandal beras yang mana beras tempatan dicampur dalam pek beras import dan dijual pada harga tinggi di pasaran.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu atau Mat Sabu perlu bertanggungjawab terhadap isu tersebut dengan meletak jawatan.

Skandal beras, pembangkang mahu Mat Sabu letak jawatan

image is not available

Foto: Utusan

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang turut terlibat dalam isu tersebut.

Hamzah berkata jika tiada sebarang tindakan dalam masa terdekat, rakyat boleh merancang untuk memilih pemimpin yang lebih baik di masa akan datang.

“Tindakan harus diambil kepada semua mereka yang telah pun melakukan perkara ini dan dalam masa yang terdekat kita mahu melihat perkara itu berlaku.

“Kalau tidak berlaku, rakyat akan mengambil ini sebagai satu lagi perjuangan untuk mencari pemimpin yang lebih baik di masa hadapan

“Rakan-rakan saya (ahli parlimen pembangkang) kata menteri kena letak jawatan ataupun menteri perlu bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di parlimen bersama ahli parlimen pembangkang di Kuala Lumpur pada Khamis.

Skandal beras, Mat Sabu masih berdiam

image is not available

Foto: Malaysiakini

Sementara itu, ketika meninjau platform media sosial Mat Sabu dan kementeriannya, sehingga kini masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi walaupun sudah dua hari pendedahan tersebut berlalu.

Pada masa yang sama, menerusi hantaran terbaru Mat Sabu, terdapat segelintir warga maya meninggalkan komen berkenaan isu tersebut, termasuk meminta beliau untuk meletak jawatan.

Malu jadi menteri KPKM, #letakjawatan

image is not available

image is not available

Skandal beras, kenapa jadi macam tu?

image is not available

Hari-hari makan beras tempatan harga import

image is not available

Tak pernah terganggu beras Malaysia, tapi sampai tangan Mat Sabu….

image is not available

Pada Rabu, Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) mendedahkan kajian mendapati kira-kira 50 peratus daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas pihak berkuasa telah dicampur beras putih tempatan.

image is not available

Foto hiasan

Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI Mohd Shahril Firdaus Ab Razak berkata, kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh membezakan antara beras putih tempatan dan import.

Sumber: YouTube Sinar Harian