Skandal Rasuah E-Waste: SPRM Tahan Ketua Pengarah & Timbalan KP Jabatan Alam Sekitar

LocalPolitics
29 Jan 2026 • 8:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste) hari ini.

image is not available

Ketua pengarah dan Timbalan ditahan sewaktu hadir beri keterangan

Memetik laporan daripada Kosmo! sumber menyatakan, kedua-dua suspek ditahan sekitar pukul 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste) yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Ketua pengrah dan timbalan akan disiasat secara menyeluruh

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dan menegaskan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut undang-undang.

“SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan,” katanya.

image is not available

 

Difahamkan, kes ini disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, SPRM membekukan 16 akaun bank bernilai kira-kira RM10.2 juta susulan siasatan kes rasuah melibatkan pemprosesan e-waste, pembuangan sisa efluen serta buangan berjadual di Selangor dan Negeri Sembilan.

Selain itu, seorang pengarah syarikat yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM disambung reman sehingga esok, manakala sejumlah RM87,000 wang tunai dan barangan kes bernilai kira-kira RM220,000 turut disita, termasuk kereta dan barang kemas.

Sumber: Kosmo! (Mohd Ridzauddin Roslan)

The post Skandal Rasuah E-Waste: SPRM Tahan Ketua Pengarah & Timbalan KP Jabatan Alam Sekitar appeared first on Borak Daily.