SKDS Boleh Diguna Mulai 15 Julai 2026 – Syarat & Kenderaan yang Layak

LocalBusiness & Finance
10 Jul 2026 • 1:14 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

SKDS (Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi ) diperkenalkan bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi secara lebih berkesan.

Layari portal rasmi MySubsidi Diesel dipautan berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/ untuk info lebih terperinci.

Sistem ini terbuka kepada syarikat dan badan pengangkutan darat yang layak untuk membeli diesel bersubsidi di stesen terpilih menggunakan “fleet card”.

Tentera dan kenderaan khas yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti lapangan terbang, pelabuhan, tapak pembinaan, kilang dan pembalakan adalah tidak layak.

Bermula Mei 2026, pendaftaran SKDS untuk sektor pengangkutan barangan telah diperluaskan secara rasmi ke Sabah, Sarawak, dan WP Labuan.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah memperluaskan skim ini untuk merangkumi jip dan trak pikap milik persendirian syarikat (kod kegunaan AE).

Rujuk info penuh mengenai SKDS 2.0, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah.

Apa itu SKDS?

SKDS merupakan sebuah program penyasaran subsidi diesel di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pendaftaran melalui SKDS akan membolehkan syarikat-syarikat yang berkelayakan terus mendapat manfaat subsidi diesel melalui mekanisme fleet card pada kadar RM2.15 seliter bagi sektor pengangkutan darat barangan dan RM1.88 seliter bagi sektor pengangkutan darat awam.

Bermula 3 Julai 2026, kerajaan telah memperluaskan skim ini untuk merangkumi jip dan trak pikap milik persendirian syarikat (kod kegunaan AE) di bawah sektor pengangkutan darat barangan bagi membantu peniaga mikro dan kecil.

Syarikat yang lulus boleh mula menikmati kadar subsidi ini bermula 15 Julai 2026 sebaik sahaja menerima fleet card masing-masing.

Penambahan sektor baharu ini menjadikan keseluruhan jenis kenderaan dan kelas kegunaan yang terlibat di bawah sistem kawalan subsidi kini berjumlah 35 jenis.

skds
KPDN Laman Rasmi
KPDN Laman Rasmi
@kpdnnegerisembilan

Cara-Cara Pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 #KPDN #kpdnns #rahmahituberkat #skds 2.0

♬ original sound – KPDN NS – KPDN NS
Kredit: Tiktok @kpdnnegerisembilan

Syarat Kelayakan Memohon SKDS 2.0

Syarat kelayakan memohon diesel bersubsidi SKDS 2.0 melalui portal MySubsidi KPDN adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran Entiti Perniagaan:
    • Perniagaan perlu berdaftar sebagai milikan tunggal atau perkongsian di SSM, atau pendaftaran Pihak Berkuasa Tempatan untuk Sabah dan Sarawak.
  • Pemilikan Kenderaan:
    • Kenderaan diesel tersebut mesti didaftarkan secara sah di bawah nama syarikat atau entiti perniagaan yang memohon (Bukan nama individu persendirian).
  • Cukai Jalan Aktif:
    • Mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM / cukai jalan) yang sah dan masih aktif daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Pendaftaran Agensi Pengangkutan:
    • Bagi lori komersial, kenderaan mesti berdaftar sebagai kenderaan perdagangan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah/Sarawak.
  • Jenis Kenderaan:
    • Jenis kenderaan mestilah tersenarai dalam keseluruhan 35 jenis kenderaan/kelas kegunaan yang diluluskan. Ini merangkumi 23 jenis kenderaan barangan asal sedia ada, serta kategori jip dan trak pikap perniagaan dengan Kod Kelas Kegunaan Persendirian Syarikat (AE) yang baru dibuka permohonannya pada 3 Julai 2026.

Bagi permohonan kategori jip dan trak pikap perniagaan yang baru dibuka bulan ini, pemilik wajib memastikan:

  • Kenderaan mesti didaftarkan di bawah Kelas/Kod Kegunaan Persendirian Syarikat (AE) dalam sistem MySikap JPJ.
  • Pemilik individu yang menggunakan jip/pikap untuk perniagaan mikro mesti melakukan proses tukar hak milik ke nama perniagaan di JPJ terlebih dahulu sebelum memohon.
  • Kelulusan bagi kategori jip dan pikap (Kod AE) ini membolehkan pengusaha menikmati harga subsidi RM2.15 seliter bermula 15 Julai 2026.

Penetapan Kuota Bulanan Fleet Card SKDS

Kerajaan telah menetapkan kuota bulanan tetap penggunaan fleet card bagi kenderaan barangan dan perdagangan.

Had kuota diesel bersubsidi yang diberikan adalah antara 900 liter hingga 5,000 liter sebulan.

Jumlah peruntukan liter ini dinilai secara automatik oleh sistem berdasarkan jenis kenderaan, kapasiti enjin (cc), berat dengan muatan (BDM), serta corak operasi harian perniagaan tersebut.

Tuntutan Bayaran Balik Tunai (Reimbursement)

Bagi syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang sudah mendapat kelulusan KPDN tetapi masih belum menerima kad fizikal (fleet card) daripada syarikat minyak, kerajaan telah membuka portal permohonan Tuntutan Bayaran Balik Tunai bermula 1 Julai 2026.

Pemohon boleh menuntut kembali perbezaan harga tunai bagi resit pembelian diesel pada harga runcit tanpa subsidi yang telah dibeli sementara menunggu kad armada sampai.

Tuntutan ini tertakluk kepada bukti resit rasmi pembelian stesen minyak dan dokumen kelulusan SKDS sedia ada.

skds bayaran balik tunai
KPDN Laman Rasmi
Image from: SKDS Boleh Diguna Mulai 15 Julai 2026 – Syarat  & Kenderaan yang Layak
KPDN Laman Rasmi
Image from: SKDS Boleh Diguna Mulai 15 Julai 2026 – Syarat  & Kenderaan yang Layak
KPDN Laman Rasmi
Image from: SKDS Boleh Diguna Mulai 15 Julai 2026 – Syarat  & Kenderaan yang Layak
KPDN Laman Rasmi

Cara Buat Rayuan Penambahan Kuota

Sekiranya kuota sedia ada tidak mencukupi untuk operasi harian, syarikat atau pemilik kenderaan masih boleh mengemukakan rayuan penambahan kuota kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Petroleum (JKSP).

Rayuan boleh dibuat melalui:

Jenis Kenderaan Yang Layak

Terdapat 35 jenis kenderaan yang layak memohon SKDS 2.0. Senarai ini dibahagikan kepada 3 sektor pengangkutan utama mengikut kadar subsidi yang ditetapkan oleh kerajaan:

SKDS KENDERAAN LAYAK
KPDN Laman Rasmi
SKDS KENDERAAN LAYAK 1
KPDN Laman Rasmi

Sektor Pengangkutan Darat (Persendirian Syarikat – Jip dan Pikap) – RM2.15 seliter

  1. JIP
  2. PICK-UP
SKDS 2026
KPDN Laman Rasmi

    Sektor Pengangkutan Darat (Awam) – RM1.88 seliter

    1. Ambulan
    2. Bas pengantara
    3. Bas ekspress
    4. Bas mini
    5. Bas sekolah
    6. Teksi/Kereta sewa
    7. Van / lori mayat
    8. Bas henti-henti
    9. Lori Bomba
    10. Window van
    SKDS 2026 3
    KPDN Laman Rasmi

    Sektor Pengangkutan Darat (Barang Keperluan Pengguna) – RM2.15 seliter

    1. Lori rigid kargo am
    2. Lori refrigerated
    3. Penggerak utama
    4. Lori rigid kandang haiwan
    5. Lori rigid hasil pertanian
    6. Lori rigid kombinasi
    7. Lori rigid tangki air
    8. Window van
    9. Panel van
    10. Lori luton
    11. Lori rigid sampah
    12. Bas perkhidmatan bergerak
    13. Lori rigid tangki tepung
    14. Lori rigid minuman
    15. Lori rigid perkhidmatan bergerak
    16. Lori rigid curtainsider
    17. Lori tangki rigid minuman
    18. Bas food catering
    19. Lori rigid open platform
    20. Van perkhidmatan bergerak
    21. Lori food catering
    22. Van food catering
    23. Semi-panel van
    SKDS 2026 1
    KPDN Laman Rasmi

    Cara Permohonan SKDS 2.0

    1. Semak Kelayakan: Semak kenderaan di portal MySubsidi https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
    2. Daftar Akaun: Daftar dan log masuk ke sistem
    3. Isi Maklumat: Lengkapkan profil dan pilih kenderaan layak
    4. Hantar Permohonan: Buat perakuan dan hantar
    5. Hantar Permohonan: Buat perakuan dan hantar
    6. Dapatkan Fleet Card: Cetak kelulusan & mohon fleet card dengan syarikat minyak
      cara daftar skds
      KPDN Laman Rasmi

      Sila rujuk video di bawah:

      Panduan Permohonan MySubsidi Diesel 2.0

      250805-Manual-Pengguna-Orang-Awam)-V6.1.9cb5a85Download

      Pertanyaan & Maklumat Lanjut

      Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MySubsidi Diesel, sila rujuk:

      1. Portal Ihsan MADANI
      2. Portal BUDI MADANI DIESEL
      3. Portal MySubsidi Diesel
      4. Facebook KPDN Laman Rasmi

      ATAU, rujuk jadual di bawah:

      PerkaraNombor TelefonAlamat Emel
      Permohonan kuota Petrol (SKPS) dan Diesel (SKDS) bersubsidi03 – 8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667 / 6331 / 6557mysubsidi@kpdn.gov.my
      Tuntutan Bayaran Balik SKPSbayaranbalikmysubsidi@kpdn.gov.my
      Tuntutan Bayaran Balik Petrol Syarikat Bot Penumpang Sungaibotpenumpangsungai@kpdn.gov.my

      SYARIKAT MINYAK

      Syarikat MinyakNombor TelefonPautan Terlibat
      BHP03-77199499 https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/
      Caltex1-800-88-3168https://www.caltex.com/my/business-solutions/fleet-cards/caltex-diesel-government-subsidy-card.html
      FIVE03-2391 1555https://mysubsidi.5petrol.com
      Petron1-800-88-8298https://www.petronfleetcard.com.my/
      Petronas1-300-88-8282https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay
      Shell1-300-22-8181https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html
      skds wp
      skds sarawak
      skds sabah

      Soalan Lazim SKDS 2.0

      Adakah kelulusan kuota subsidi diesel di bawah SKDS 2.0 mempunyai tarikh luput?

      Tidak. Kelulusan kuota yang diberikan melalui portal MySubsidi KPDN tidak mempunyai tarikh luput, selagi kenderaan tersebut mempunyai cukai jalan (LKM) yang sah dan entiti perniagaan anda kekal aktif.

      Syarikat saya mempunyai 5 buah lori yang diluluskan. Bolehkah saya memohon Fleet Card daripada syarikat minyak yang berbeza untuk lori-lori tersebut?

      Boleh. Sistem MySubsidi KPDN membenarkan anda memilih maksimum 3 jenama syarikat minyak berbeza semasa permohonan. Anda boleh mengagihkan kenderaan mengikut kesesuaian stesen minyak terdekat dengan laluan operasi logistik lori masing-masing.

      Bolehkah kuota bulanan liter diesel syarikat yang tidak habis digunakan dibawa ke bulan hadapan (carry-forward)?

      Tidak boleh. Kuota liter diesel yang diperuntukkan (antara 900L hingga 5,000L sebulan) akan dikemas kini dan ditetapkan semula (reset) pada setiap 1 hari bulan. Kuota yang berbaki akan terbatal secara automatik.

      Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya fizikal Fleet Card syarikat saya hilang atau rosat?

      Anda perlu menghubungi terus talian khidmat pelanggan syarikat minyak yang mengeluarkan kad tersebut (contohnya Petronas SmartPay atau Shell Card) untuk menyekat kad lama dan memohon kad gantian baharu. Anda tidak perlu membuat permohonan semula di portal KPDN.

      Adakah kenderaan syarikat komercial yang berdaftar di Sabah, Sarawak, dan Labuan layak menikmati kadar RM2.15 di bawah SKDS 2.0 ini?

      Bermula Mei 2026, syarikat pengangkutan barangan darat di Sabah, Sarawak, dan WP Labuan kini sudah rasmi boleh mendaftar di portal MySubsidi KPDN.

      Adakah pemandu pihak ketiga atau pekerja kontrak syarikat boleh menggunakan Fleet Card ini semasa mengisi minyak?

      Boleh, dengan syarat pemandu menggunakan kad tersebut hanya untuk kenderaan dengan nombor plat pendaftaran yang tertera dan dipadankan secara fizikal pada Fleet Card berkenaan. Penggunaan pada kenderaan lain adalah satu kesalahan pecah amanah subsidi.

      Baca juga:

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved