Skim Cakna Aulad – Akaun Tabungan Emas RM100 Kelahiran Baharu

LocalPersonal Finance
29 Jun 2026 • 7:59 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kerajaan Negeri Kelantan membuka permohonan Skim Cakna Aulad 2026 bagi bayi yang baru dilahirkan dan permohonan boleh dibuat menerusi Pusat Khidmat DUN masing-masing di dalam Negeri Kelantan.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim ini.

Image from: Skim Cakna Aulad – Akaun Tabungan Emas RM100 Kelahiran Baharu

Mengenai Skim Cakna Aulad

Skim Cakna Aulad adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang diwujudkan untuk meraikan bayi yang baru dilahirkan.

Bermula tahun 2024, sumbangan kewangan ini ditukar konsep kepada Tabungan Manjaku untuk anak kelahiran Kelantan yang merupakan tabungan dalam akaun dinar dan dirham dibawah Kelantan Gold Trade.

Tujuannya adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada ibu bapa supaya menyediakan tabungan emas daripada awal kelahiran untuk kegunaan anak-anak di masa hadapan.

Untuk tahun-tahun sebelumnya, jumlah penerima skim ini adalah seperti berikut:

  • 2019 : 2700 orang
  • 2020 : 1350 orang
  • 2022 : 2655 orang
  • 2024 : 2250 orang
  • 2025 : 1500 orang

Tarikh Permohonan

Ibu bapa yang ingin membuat permohonan boleh memohon di Pusat Khidmat DUN sebelum 20 Julai 2026.

Manfaat Skim

Penerima akan menerima Tabungan Dirham atau Dinar bernilai RM 100.00 seorang.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Bayi yang dilahirkan pada 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026 di Negeri Kelantan sahaja.
  2. Wajib lampirkan bersama:
    – Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
    – Salinan Mykid/ Surat Beranak

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di Pusat Khidmat DUN yang berhampiran.

Bagi senarai Pusat Khidmat DUN dan pegawai yang boleh dihubungi, sila rujuk kepada poster di bawah:

Image from: Skim Cakna Aulad – Akaun Tabungan Emas RM100 Kelahiran Baharu

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Cakna Aulad?

Skim Cakna Aulad adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang diwujudkan untuk meraikan bayi yang baru dilahirkan di Negeri Kelantan.

Apakah manfaat yang bakal diperoleh menerusi skim ini?

Bayi yang layak akan menerima Tabungan Dirham atau Dinar bernilai RM 100.00 seorang.

Bilakag tarikh tutup permohonan skim ini?

Tarikh tutup permohonan skim ini adalah pada 20 Julai 2026.

Jika bayi saya dilahirkan pada 1 Mac 2025, adakah saya boleh memohon skim ini?

Tidak. Bayi tersebut mestilah dilahirkan pada 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026 di Negeri Kelantan sahaja.

Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk membuat permohonan?

– Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
– Salinan Mykid/ Surat Beranak

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Cakna Aulad, sila layari laman web https://inforakyat.kelantan.my/index.php/ukekwaa/101-skim-cakna-aulad atau menghubungi Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Baca juga: Bantuan Bayi Baru Lahir Negeri Sembilan (2026): Syarat & Cara Permohonan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved