Skim Harga Maksimum Musim Perayaan libat 14 barang sempena Krismas mulai Isnin ini

LocalPolitics
21 Dec 2024 • 2:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Krismas minggu depan melibatkan 14 jenis barangan di seluruh negara, akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata tempoh pelaksanaan selama lima hari itu dikawal menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Advertisement“Barang yang terlibat adalah barangan keperluan utama semasa Krismas iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, ayam tua hidup melibatkan Sarawak sahaja, kubis bulat import Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing, lobak merah dan tomato.

“Selain itu melibatkan cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import dari China, kepak ayam serta babi hidup di peringkat ladang sahaja, daging babi bahagian perut dan daging babi bahagian daging dan lemak,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman SHMMP Sempena Krismas 2024 dan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di UTC Sentul, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Armizan berkata usaha itu bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga terkawal dan mengelak berlaku kenaikan mendadak.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata barangan tersebut akan dilabelkan dengan tanda harga berwarna merah jambu untuk memudahkan pengguna mengenal pasti barangan di bawah SHMMP serta boleh disemak menerusi laman web KPDN www.kpdn.gov.my. Bernama