Skintific Perkenal Vitamin C Serum Pencerah Kulit

LocalBeauty
22 Oct 2025 • 4:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini jenama skincare terkenal, Skintific telah memperkenalkan Vitamin C, serum pencerah kulit.

Majlis pelancaran tersebut yang berlangsung di Sunway Pyramid pada 16 Oktober 2025 turut diserikan dengan kehadiran duta Skintific di Malaysia, Daiyan Trisha.

Menurut Skintific, serum tersebut yang menggunakan 10% kandungan Vitamin C tulen yang dirumus untuk mengembalikan keserian semulajadi kulit dan keremajaan wajah.

Setiap titisan Vitamin C membantu mencerahkan, meratakan tona kulit dan mengembalikan sinar wajah anda sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Menerusi laman Facebook, Skintific berkata penggunaan bahan L-Ascorbic Acid memberikan kesan yang maksimum dalam membantu mencerahkan kulit serta meningkatkan seri semulajadi lapisan kulit.

Selain itu, L-Ascorbic Acid mudah diserap dan dikenali oleh kulit menjadikannya lebih efektif.

View Original Article