SKMM Akan Aktifkan WiFi Di PPS Mana-Mana Negeri Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

TechnologyDigital
21 Dec 2022 • 10:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi dan Digital kini menyatakan mereka akan meminta SKMM berhubung dengan syarikat telekomunikasi untuk membantu mengaktifkan WiFi di PPS (Pusat Pemindahan Sementara), dimana-mana negeri yang terkesan dengan bencana banjir.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan mangsa banjir yang berlindung di PPS berkaitan memperoleh kemudahan akses telekomunikasi dan internet yang baik.

Buat masa ini, beberapa PPS telah pun dalam proses untuk pengaktifan WiFi. Untuk makluman, kelengkapan untuknya sudah sedia pada PPS, dan syarikat telekomunikasi dihubungi dalam mengaktifkan dan menyediakan talian di PPS berkaitan.