SKMM Akan Bincang Dengan Syarikat Telekomunikasi Untuk Integrasi Teknologi Starlink “Direct-To-Cell”

TechnologyDigital
30 Jul 2026 • 9:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SKMM Akan Bincang Dengan Syarikat Telekomunikasi Untuk Integrasi Teknologi Starlink “Direct-To-Cell”

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil kini memaklumkan yang mana penyedia perkhidmatan internet berasaskan satelit, Starlink kini berhasrat untuk memperluaskan ujian teknologi Direct to Cell mereka di Malaysia. Melalui teknologi berkenaan, ia akan membolehkan syarikat telekomunikasi bekerjasama dengan Starlink untuk terus menawarkan perkhidmatan selular dan data kepada telefon pintar pengguna di kawasan pedalaman tanpa capaian rangkaian.

Secara kasar, ia akan membolehkan satelit berfungsi sebagai “menara telekomunikasi” di angkasa, dan terus memastikan telefon pintar pengguna mempunyai akses di kawasan pedalaman.

Image from: SKMM Akan Bincang Dengan Syarikat Telekomunikasi Untuk Integrasi Teknologi Starlink “Direct-To-Cell”

Untuk tujuan tersebut, Menteri Komunikasi mengatakan SKMM akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi bersama-sama dengan Starlink dalam satu pertemuan, sekaligus melihat kepada peluang dan ruang untuk melaksanakan teknologi berkenaan. Penggunaan teknologi Starlink ini turut dikatakan lebih efisien dan kos efektif berbanding keperluan membina menara telekomunikasi baharu – terutamanya di kawasan pedalaman.

Starlink merupakan anak syarikat kepada SpaceX yang telah melakukan penyenaraian awam baru-baru ini, diterajui oleh Elon Musk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved