SKMM Arahkan Semua Syarikat Telekomunikasi Pantau Prestasi Rangkaian Secara Berterusan Sepanjang Hari Raya

LocalTechnology
19 Mar 2026 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini memaklumkan yang mana mereka telah mengarahkan semua syarikat telekomunikasi, untuk memantau prestasi rangkaian secara berterusan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, dan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku sebarang gangguan atau kemerosotan kualiti perkhidmatan.

Selain itu, SKMM sendiri akan turut memainkan peranan sebagai penyelaras dan pemantau melalui pejabat negeri, selain turut melaksanakan pemantauan lapangan di lokasi kritikal dan tumpuan orang ramai.

Sekiranya menghadapi sebarang gangguan atau kemerosotan kualiti perkhidmatan, orang ramai disaran untuk menghubungi syarikat telekomunikasi masing-masing, dan turut boleh menyalurkan aduan kepada pihak SKMM untuk tindakan susulan diambil secara cepat dan berkesan.

— MCMC (@MCMC_RASMI) March 19, 2026
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved