
SKMM kini dalam perancangan untuk melesenkan platform edagang di Malaysia, sekaligus lebih melindungi arena edagang tempatan. Untuk tujuan berkenaan, SKMM kini sedang menantikan terma dan syarat berkaitan daripada dua kementerian, iaitu Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Ia dilaporkan KPDN ingin melakukan kajian berkenaan bagaimana untuk mengawal-selia platform edagang di Malaysia. Sebaik sahaja garis panduan berkaitan tersedia, SKMM dijangka akan mengumumkan keperluan pelesenan untuk operasi platform edagang di Malaysia.
Langkah ini diambil dalam lebih melindungi peniaga, terutamanya daripada tekanan platform-platform luar dari China yang menawarkan produk pada harga sangat rendah. Dengan pelesenan, ia dijangka menawarkan kesamarataan dalam persaingan antara semua platform yang beroperasi di Malaysia.
Sebelum ini, SKMM turut telah menguatkuasa pendaftaran platform media sosial di Malaysia, berkuat-kuasa sejak awal tahun 2025 yang lepas.



