SKMM Dan Meta Berganding Bahu Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

TechnologyDigital
13 Jun 2024 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesedaran dalam kalangan masyarat tentang keselamatan sider masih rendah di Malaysia. Sehinggakan hampir setiap hari pasti ada sahaja jumlah kes yang direkodkan berkaitan buli siber, pemalsuan serta pencerobohan maklumat, memancing data dan penipuan emel. Malah keadaan yang lebih teruk boleh terjadi jika membabitkan kerugian besar setelah ditipu.

image is not available

Oleh itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Meta Inc sedang berusaha untuk memperhalusi isu kelamatan siber ini sekaligus melindungi data peribadi pengguna dalam talian. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah diberi taklimat lanjut oleh Meta mengenai usaha dan penambahbaikan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian bagi pengguna di Malaysia. Beliau juga berkata taklimat tersebut merangkumi aspek-aspek pengesahan umur untuk kanak-kanak bawah 13 tahun serta pemantauan kandungan berbahaya seperti judi dalam talian, penipuan, berita palsu, dan berkaitan 3R (agama, raja dan kaum).

image is not available

Dalam pada itu Meta juga bersetuju untuk berganding bahu dan bekerjasama dengan SKMM dan pemegang-pemegang taruh lain bagi melaksanakan kempen kesedaran nasional mengenai amalan keselamatan dalam talian. Salah satunya adalah Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Maklumat dan mekanisme lanjut tentang kempen masih belum didedahkan tetapi setidaknya ada usaha yang diambil oleh pihak berwajib dalam mengatasi masalah berkaitan.

image is not available

Fahmi juga berkata usaha Meta dalam mengurangkan kandungan berbahaya dan melindungi keselamatan pengguna dalam talian dilihat sebagai menggalakkan pada waktu ini. Justeru beliau berharap komitmen ini dapat diteruskan lagi untuk kesejahteraan pengguna.

View Original Article