SKMM Keluarkan Tuntutan Statutori Terhadap TikTok Kerana Kandungan 3R

LocalTechnology
21 May 2026 • 7:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SKMM Keluarkan Tuntutan Statutori Terhadap TikTok Kerana Kandungan 3R

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia( SKMM) hari ini mengeluarkan tuntutan statutori terhadap TikTok kerana kegagalan platform menyekat kandungan yang menghina Institusi Diraja Malaysia. Terdapat kandungan daripada akaun yang mengaku berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bersifat menghina, palsu, mengancam dan menyinggung, termasuk video AI dengan imej yang telah manipulasi. Kandungan-kandungan ini berpotensi melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang penal lain.

TikTok Logo
Indian mobile users browses through the Chinese owned video-sharing ‘Tik Tok’ app on a smartphones in Amritsar on June 30, 2020. – TikTok on June 30 denied sharing information on Indian users with the Chinese government, after New Delhi banned the wildly popular app citing national security and privacy concerns.
“TikTok continues to comply with all data privacy and security requirements under Indian law and have not shared any information of our users in India with any foreign government, including the Chinese Government,” said the company, which is owned by China’s ByteDance. (Photo by NARINDER NANU / AFP)

SKMM menyatakan bahawa tindak balas moderasi TikTok tidak memuaskan, walaupun telah diberi notifikasi dan perbincangan sebelum ini. Platform milik Bytedance ini dianggap gagal bertindak pantas untuk menghalang penyebaran kandungan berbahaya. Dalam tuntutan statutori yang dikeluarkan, SKMM meminta TikTok mengambil langkah pemulihan segera, termasuk memperkukuh mekanisme moderasi kandungan. Mereka turut perlu melaksanakan penguatkuasaan lebih berkesan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang Malaysia serta memberikan penjelasan rasmi mengenai kegagalan moderasi mereka.

SKMM menegaskan akan terus mengambil tindakan perlu dan berkadar termasuk tindakan undang-undang tambahan untuk menangani penyalahgunaan platform dalam talian. Penyedia platform juga ditekankan perlu bertindak dengan segera, terutama dalam isu sensitif 3R (Agama, Kaum, Institusi Diraja).