SKMM : Larangan Terhadap Kandungan Pautan, Maklumat Peribadi Dan Nombor Telefon Melalui SMS Kini Dikuat-kuasakan

TechnologyDigital
2 Sep 2024 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini memaklumkan semua pengguna, menyatakan bermula 1 September 2024, larangan terhadap beberapa jenis kandungan melalui SMS dikuat-kuasakan. Kandungan yang terlarang ini adalah meliputi pautan, permintaan maklumat peribadi, dan juga nombor telefon untuk dihubungi.

image is not available

SKMM menyatakan perubahan dan penguatkuasaan ini adalah dalam usaha melindungi pengguna daripada risiko penipuan melalui SMS, yang sering dieksploitasi penjenayah.

SKMM juga menggesa sentiasa berwaspada dengan SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut. Orang ramai yang masih menerima SMS sedemikian boleh mengemukakan aduan kepada SKMM melalui laman rasmi.

Selain SMS, SKMM turut menekankan supaya sering berwaspada dengan mesej serupa yang dihantar melalui medium komunikasi lain seperti RCS, Apple iMessafe, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.