SKMM Melancarkan Sistem Komunikasi Bergerak PRIME Sebagai Langkah Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana

TechnologyDigitalCars
16 Jun 2025 • 7:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini telah melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) sebagai satu langkah kesiapsiagaan strategik untuk menghadapi bencana alam yang boleh berlaku di mana-mana di Malaysia.

Secara ringkasnya, unit PRIME ini adalah kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan kemampuan sambungan Internet dan radio kecemasan seperti teknologi satelit, selular, radio dua hala, Wi-Fi dan dron yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan carian kecemasan dari tanah dan udara yang boleh dimanfaatkan khususnya sewaktu insiden bencana alam yang serius.

image is not available

PRIME juga boleh dimanfaatkan sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bergerak yang membolehkan orang ramai untuk memberi dan menerima maklumat di satu-satu lokasi dan membantu dalam proses carian individu yang hilang, sebagai contoh.

image is not available

Buat masa ini, satu unit kenderaan bergerak PRIME telah dibangunkan, dimana dua lagi unit akan dibangunkan dengan kos mencecah RM1 juta untuk setiap kenderaan, yang dijangka akan siap pada penghujung tahun ini. Unit PRIME yang pertama akan ditempatkan di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya, manakala dua lagi kenderaan yang akan dibangunkan akan dihantar ke Sabah dan Sarawak.

image is not available

Kenderaan PRIME ini akan diuji penggunaannya sekitar bulan Oktober 2025 untuk melihat keberkesanannya, dan mungkin akan dikerahkan ke negeri-negeri yang akan berhadapan dengan Monsun Timur Laut dalam masa beberapa bulan lagi.